Friday, 11 March 2011

CHAPTER 58-DIA

kalau menyebarkan islam itu semudah memetik jari, satu dunia nih da islam dah..mungkin kiamat dah berlaku pun..

kalau tugas seorang daie itu semudah mengajak orang pergi makan-makan apabila dibelanja, rasanya daie yang ada kat dunia ni goyang kaki lah kerjanya..

kalau kat dunia ni kebenaran senang sangat nak mengatasi kebatilan, memang bukan hidup lah namanya..

tade cabaran
tade dugaan
tade halangan
ta teruji kesabaran
ta teruji kesetiaan dengan tuhan
ta bertambah ilmu pengetahuan
ta maju kehidupan

senang cerita..buhsan hidup macam nih..

ada sebab kenapa ALLAH menciptakan manusia..ada sebab kenapa manusia yang dibagi tanggungjawab seberat ni (untuk memakmurkan bumi dan menjadi hamba ALLAH)..ada sebab kenapa manusia adalah ciptaan terbaik..sampai para malaikat kagum dengan nabi Adam..

sebab yang sukar untuk dimengertikan kenapa kita begitu istimewa..sebab yang ta terjangkau oleh fikiran kita yang terbatas..

takkan kita dapat tahu apa itu erti manis kalau kita ta pernah merasa pahit..
takkan kita tahu apa itu erti tawar kalau ta pernah merasa masin..
takkan kita tahu akan perasaan gembira kalau kita ta pernah mengalirkan air mata..

bukalah mata..bukalah minda..lihatlah apa yang ada di sekeliling dan di dalam diri kita sendiri..kat situ ada jawapan bahawa setiap perkara walau betapa susah pun dalam hidup kita, ada kasih sayangnya..

KAKI SEMBANG

© CERITERA ET CETERA
Maira Gall