Friday, 9 December 2011

makcik berjubah dan berselendang

one day, aku g jalan2 kat kajang dengan classmates. niat asal nak bayar broadband, konon2nya, tapi mmg jauh menyimpang la bile kitorang dah sampai situ. last2 end up buat keputusan bayar broadband online jep. heh.

kawan aku nak cari phone utk mak dy. aku pulak nak beli something kat kedai stationary. after g kedai stationary, kitorang pun berjalan dari satu kedai phone ke kedai phone yang lain. since byk kedai phone kat area kajang, usya jepla. dan macam biasa, selalunya nak cari phone paling murah yang sesuai dengan kemahuan kite.

dan tiba2, tengah berjalan ni, ade sorang makcik tegur kitorang. makcik nih pakaian dy macam orang belah2 arab berpakaian. berjubah dan berselendang hitam. apa dy cakap pun aku tak paham sgt tapi aku tahu dy nak duit.

dia nak jual pen dy dengan harga rm2 sebatang. kalau ikut logik, sape nak beli pen dengan harga rm2 sebatang yang bole kite dapat dengan rm0.80? kawan aku tym tu, muka dy macam doubt sikit dengan makcik tu, aku tahu dy syak makcik tu under sindiket.

aku tak tahulah, tapi pada aku, sindiket atau tidak, itu mmg hak kita nak tolong orang macam tuh. sindiket2 dy pun, dengan wang dy dapat hari tu, pasti orang yang terlebih rajin bertanggungjawab tu akan bg duit utk dy makan based on kutipan dy hari tu. err. kan? entahlah, aku tade pengalaman.

mungkin sesetengah orang akan fikir dengan cara aku nih, aku macam lagi membantu sindiket tu utk berjalan. tapi macam mana kalau makcik tu bukan under sindiket? ce citer sikit. kawan aku nih ade gak tanya makcik tu mana dy tinggal and whatsoever utk selidik2 tapi sumpah aku mmg tak paham la dy cakap apa. last2, aku beli jep pen tuh dengan niat, aku tahu ALLAH suka orang bersedekah dan harap DIA redha dengan apa yang aku buat.

"sesungguhnya setiap amal itu dengan niat. dan setiap orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dikerjakannya..." (hadis riwayat bukhari dan muslim)

ok, setelah jauh menyimpang, the point yang aku nak cakap kat sini adalah, pasal niat. kalau kita niat menolong orang tu dengan harapan dapat kurangkan bebanan dy, maka kita dapatlah kurangkan bebanan dy. kalau kita niat tolong orang tu dengan harapan orang tu dapat makanan utk hari tu, maka kita dapatlah bantu orang tu cari makanan dy utk hari tu. kalau kita niat kerana redha ALLAH, insya ALLAH, kita akan dapat redha ALLAH. tapi kalau niat tamo bersedekah dengan harapan tamo bantu sindiket tuh lebih berjaya? heh. dengan keadaanlah kay. use your common sense. kalau dah makcik tuh menggeletar lapar pun takkan tamo tolong kan?

therefore, sebelum buat apa2, check balik apa yang tersirat jauh di lubuk dada. ok, this message goes to orang yang tulis gak. ikhlas tu perlu dilatih. macam sabar. berlatihlah utk ikhlas macam mana kita berlatih sebelum tournament or sebelum exam.even sebelum puasa ramadhan pun kite kene berlatih puasa time bulan rejab dan syaaban kan? kay, bye.

KAKI SEMBANG

© SURA HAMBA
Maira Gall