Thursday, 8 November 2012

whatserong?

bila semua bende rasa tak kena.

bila kat dalam hati dah tak rasa apa-apa.

bila otak dah tak mampu nak mencerna.

bila dunia terasa carca merba.

bila diri dah tak tahu nak buat apa.

bila hati dah tak tahu nak letak kat mana.

adakah ini suatu petanda?





"wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan agamaMU."




footnote: aku takdelah baik sangat. but i cant imagine if i am the only one who will enter hell. nau'zubillahi min zalik.

Sunday, 30 September 2012

cintakan orang itu ikhlas atau tidak?


masa cuti ni, banyak bende yang berlaku yang buat aku banyak berfikir.

aku rasa aku pernah cerita di mana-mana tentang my cousin yang accident dan putus tangan kanan tu. dan tangan lagi sebelah tu di masukkan besi. unfortunately, the doctor said yang mungkin tangan yang dimasukkan besi tu tak dapat nak genggam sampai bila-bila. tapi doctor ilmunya hanya pada rawatan semata. kalau ALLAH menghendaki tangan dia elok macam biasa, insya ALLAH okay.

and his wife lah yang kene sentiasa uruskan husband dia. since husband dia tangan sebelah dah tade dan lagi sebelah tu jarang2 digunakan,  so dia kene sentiasa ada kat uma untuk suapkan, mandikan, kalau buang air kene bersihkan, pakaikan baju, seluar tu semua.

suami isteri ni umur 40-an. anak  4 orang lepasan sekolah menengah dan sekarang ada di ipta or maktab. lagi sorang masih sekolah menengah. one day, mak aku pernah cerita tentang si isteri ni yang pernah cakap kat suami dia "sampailah bila bang saya nak selalu uruskan abang."

si suami jawab " kalau abang boleh buat sendiri dah lama abang buat."

well, i cant blame his wife to say things like that. mungkin isteri dia penat. yelah, anak sorang tu jap lagi nak kahwin. urusan rumah, belanja, majlis nikah, orang kampung semua dia kene uruskan sorang. kene amik anak dr sekolah, kene masak kemas rumah, suap suami mandikan tu semua. of course penat.

dan bila dia cakap macam tu, buat aku terfikir. perkahwinan tu, indahnya yang amat. yelah, bersama dengan orang yang kita cintai, siapa yang tak nak. dan ramai je aku tengok nak kahwin awal. tak salah pun sebenarnya. kalau ilmu di dada, iman di hati, akal pada kewarasan dan duit di poket tu cukup. dan ofcourse semua akan picture yang indah2 untuk family dia nanti di masa akan datang.

tapi macam mana kalau something happen kat spouse kita? macam mana kalau isteri tak boleh mengandung, suami hilang tangan, isteri muka tercalar, suami kene tangkap polis, isteri difitnah, muka isteri dah tak cantik macam dulu, or suami bankrup? is love still in the air or semuanya hilang bersama hilangnya kesempurnaan anggota dan harta?

perkahwinan sampai ke syurga adalah dua orang insan yang berkahwin kerana hijrahnya (bujang kepada berkahwin) kepada ALLAH dan RasulNya. maka hijrahnya akan sampai pada ALLAH dan RasulNya. dan insya ALLAH mereka akan menjadi salah seorang daripada tujuh orang yang akan dinaungi ALLAH di akhirat. wallahua'lam.

Monday, 30 July 2012

the 11th hour


the man that decided to change on the twelfth hour dies on eleventh





footnote; know the phrase from novel 'CONTENGAN JALANAN' by hlovate

Sunday, 8 April 2012

have your faith

kadang2 kite selalu rasa ape yang kite fikir itu yang terbaik.


tapi pernahkah kite berhenti seketika dan bertanya pandangan DIA?



Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).


(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi)


kalau kite tidak percayakan DIA yang sedang memegang hati2 kita, siapa lagi?

Wednesday, 22 February 2012

not only the good can give advice

orang yang beri nasihat itu tak semestinya perlu sempurna. kerana manusia itu lumrahnya ade turun dan naiknya. tapi tak perlu menjadi sempurna utk memberi nasihat. kerana hakikat manusia itu tiada yang sempurna.

Rasulullah mendapat gelaran al-amin di kota mekah. apa yang baginda cakap pasti akan ada yang dengar. sebab mereka tahu yang Rasulullah itu seorang yang jujur. but then one day, ketika Rasulullah menyebarkan islam secara terang-terangan di kaki bukit safa.

Rasulullah bertanya satu soalan.

"wahai penduduk mekah, sekiranya aku katakan bahawa ada tentera yang datang di sebalik bukit utk menyerang kita, adakah kamu akan percaya?"

dan penduduk mekah menjawab " ya Muhammad. kami percaya. engkau selau berkata benar."

but then bila RAsululullah menyatakan bahawa dalam dunia ini cuma ada satu Tuhan sahaja yang berhak disembah dan nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, kenapa ade ramai yang menentang sedangkan sebelum ini mereka semua percaya apa yang Rasulullah sampaikan?

there are many answers for that one 'why' question. dan aku bukan nak higtlight kenapa mereka menentang bagai. ape yang aku nak highlight kat sini adalah, tak semestinya bila kite tak sempurna, bila kite ade keburukan, tak ada orang yang akan mendengar pada kite. dan tak semestinya bila kite baik, ade ramai yang akan mendengar pada kite. lagi ramai dengki adalah kot. muhaha.

well, walaupun kadang2 nasihat yang diberi drp orang yang kite rase biasa jep kite mungkin ragu2 nak dengar, tapi nanti lama2 kite akan fikir jugak tentang perkara tu. well, it happens to me. aku susah siket nak mendengar nasihat unless aku yang mintak. sebab bila aku mintak nasihat, maknanya aku mmg dah berlapang dada nak mendengar ape yang orang tu bakal sampaikan.

itulah adelah pengajaran yang aku dapat disebalik peristiwa nabi menyampaikan dakwah secara terang-terangan. kat mana2 pun boleh belajar dan ambil pengajaran, as long as, kita mahu berfikir. wallahua'lam.

Thursday, 9 February 2012

doa duduk di antara dua sujud




a simple doa. dan mungkin kita tak sempat pun menghayatinya ketika membacanya tym solat. but it does has great meaning to be understood. =)

KAKI SEMBANG

© BingKiSan
Maira Gall