Sunday, 30 September 2012

cintakan orang itu ikhlas atau tidak?


masa cuti ni, banyak bende yang berlaku yang buat aku banyak berfikir.

aku rasa aku pernah cerita di mana-mana tentang my cousin yang accident dan putus tangan kanan tu. dan tangan lagi sebelah tu di masukkan besi. unfortunately, the doctor said yang mungkin tangan yang dimasukkan besi tu tak dapat nak genggam sampai bila-bila. tapi doctor ilmunya hanya pada rawatan semata. kalau ALLAH menghendaki tangan dia elok macam biasa, insya ALLAH okay.

and his wife lah yang kene sentiasa uruskan husband dia. since husband dia tangan sebelah dah tade dan lagi sebelah tu jarang2 digunakan,  so dia kene sentiasa ada kat uma untuk suapkan, mandikan, kalau buang air kene bersihkan, pakaikan baju, seluar tu semua.

suami isteri ni umur 40-an. anak  4 orang lepasan sekolah menengah dan sekarang ada di ipta or maktab. lagi sorang masih sekolah menengah. one day, mak aku pernah cerita tentang si isteri ni yang pernah cakap kat suami dia "sampailah bila bang saya nak selalu uruskan abang."

si suami jawab " kalau abang boleh buat sendiri dah lama abang buat."

well, i cant blame his wife to say things like that. mungkin isteri dia penat. yelah, anak sorang tu jap lagi nak kahwin. urusan rumah, belanja, majlis nikah, orang kampung semua dia kene uruskan sorang. kene amik anak dr sekolah, kene masak kemas rumah, suap suami mandikan tu semua. of course penat.

dan bila dia cakap macam tu, buat aku terfikir. perkahwinan tu, indahnya yang amat. yelah, bersama dengan orang yang kita cintai, siapa yang tak nak. dan ramai je aku tengok nak kahwin awal. tak salah pun sebenarnya. kalau ilmu di dada, iman di hati, akal pada kewarasan dan duit di poket tu cukup. dan ofcourse semua akan picture yang indah2 untuk family dia nanti di masa akan datang.

tapi macam mana kalau something happen kat spouse kita? macam mana kalau isteri tak boleh mengandung, suami hilang tangan, isteri muka tercalar, suami kene tangkap polis, isteri difitnah, muka isteri dah tak cantik macam dulu, or suami bankrup? is love still in the air or semuanya hilang bersama hilangnya kesempurnaan anggota dan harta?

perkahwinan sampai ke syurga adalah dua orang insan yang berkahwin kerana hijrahnya (bujang kepada berkahwin) kepada ALLAH dan RasulNya. maka hijrahnya akan sampai pada ALLAH dan RasulNya. dan insya ALLAH mereka akan menjadi salah seorang daripada tujuh orang yang akan dinaungi ALLAH di akhirat. wallahua'lam.

KAKI SEMBANG

© CERITERA ET CETERA
Maira Gall