Tuesday, 10 December 2013

misteri malam

Malam yang pekat. Gerimis halus mulai turun. Jalan raya hanya diterangi lampu-lampu jalan yang suram dan kelam.


Jam hampir menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku yang berada di library cepat2 berkemas barang dan buku2 untuk pergi ke bus stop. Bas yang masuk ke dalam perumahan akan sampai pukul 8.30 malam kalau ikut jadual bas. Aku sampai dalam 8.27 malam. Masih ada 3 minit lagi. Perut terasa lapar. Yelah, tadi sarapan nasi lemak, siapkan coursework untuk dihantar ke faculty office. lepas tu tengah hari makan roti je. lepas makan roti sibuk buat final year project (FYP). Lepas siap  FYP pergi library untuk buat kerja lain. Sampailah malam.
Kitorang satu rumah ada giliran memasak. Walaupun lapar macam mana pun tym tu, aku still nak balik rumah untuk makan kat rumah. sekarang dah pukul 8.35 malam. Tapi bas tak sampai2 pun. Aku tunggu sampai 8.40 malam. Tiba2 terdengar bunyi bas. Muka dah excited nak naik bas. Tapi rupa2nya bas tu adalah bas yang sepatutnya gerak 8.30 malam tadi, tapi dia dah gerak lebih awal dari 8.30 malam. Maknanya dia gerak lebih awal dari aku sampai!

Bas tu memang akan gerak dari kampus, ke kawasan perumahan, then ke kampus balik. Hampa gila bila bas tu dah gerak awal dari aku sampai. Aku telefon ms. Wong. The one yang responsible bab transportation. Aku call dua kali tapi dia tak angkat. Hati dah terasa nak marah. Suddenly she text me. “please call steven. I oversea.”

Aku angkat kening sebelah. boleh lah pulak aku buat panggilan antarabangsa tanpa gunakan kod antarabangsa. Ke boleh sebenarnya? whatever. Then aku terus call steven. Steven angkat. Then aku terus bercakap pasal bas. He said sorry. Dia kata boleh je kalau nak abang driver tu hantarkan aku. aku toleh kiri kanan. Takde siapa pun kat sisi aku. seorang lelaki dan seorang perempuan yang nak naik bas pukul 8.30 tu pun dah hilang. Takkan aku nak naik sorang2 dengan pakcik bas kot. Cuak gila. Dah lah sekarang kat tts banyak kes. Errr… So aku cakap kat dia, “ It is okaylah. I am all alone. Saya tunggu next bas.” He said sorry again before I hang up.

Aku tengok jam. Ada lagi dua jam lebih untuk tunggu bas pukul sebelas yang akan masuk kat dalam perumahan. Next bas ada, pukul 9.30. tapi tu tak lalu depan rumah aku. kalau naik bas yang pukul 9.30 tu aku kene jalan kaki 5 minit untuk sampai kat rumah. malam-malam cenggini.

Perut terasa lapar. Aku berjalan menuju ke café, nak tengok mana-mana makanan yang mengenyangkan aku. aku tengok semua lauk yang ada kat buffet sambil mengira jumlah duit yang akan keluar. Last2, aku tak jadi beli makanan kat situ. Aku berjalan ke tempat tunggu bas semula untuk naik bas pukul 9.30 malam. Bodoh kan? Sanggup bergadai jiwa raga berjalan sorang2 waktu malam ke kawasan perumahan daripada keluarkan rm5 untuk makanan.

Bas pukul 9.30 pun sampai. Waktu nak naik bas tu aku terasa rintik2 air gerimis menyentuh pipi. Ouh, nak hujan ke? cepat2 aku berdoa mintak Allah tangguhkan hujan sampailah aku sampai kat rumah. aku duduk di tepi tingkap sambil merenung keluar. sebenarnya aku memang rasa nak merungut sangat. nak merungut bas gerak awal, nak merungut perut lapar, nak merungut sebab gerimis turun. Tapi aku choose untuk diam. Diam dan sabar. Aku teringat satu kata2 ni, not sure hadis atau bukan. Dia kata “ musibah itu satu bala. Tapi bila merungut jadi dua bala. Satu sebab kita memang tengah ditimpa bala. Satu lagi sebab kita tak dapat pahala pun dari musibah tersebut.” Tengah dok dengar lagu tak sangka bas dah sampai kat kawasan perumahan rupanya. So aku pun turun. Terasa gerimis halus membasahi muka.

Malam yang pekat. Gerimis halus sedang turun. Jalan raya hanya diterangi lampu-lampu jalan yang suram dan kelam. Kedengaran bunyi anjing bersahut-sahutan. Dan langit tiada cahaya bulan mengambang. Aku mengorak langkah menuju ke rumah. music diperlahankan. Lalu aku membaca ayat kursi. Minta perlindungan dari Allah. Masa tu hanya tawakal yang aku ada. Berjalan dan berjalan. Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke rumah.
Bila balik rumah tu aku termenung sekejap. Mungkin hari ini, Allah nak mengajar aku erti pergantungan itu sendiri. yang mana, bila tiada kawan yang boleh menemani, bila tiada siapa-siapa di sisi waktu lapar dan susah, tapi Allah nak bagitahu kat aku yang Allah itu ada.

“Katakanlah, aku berlindung dengan Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan bisikan syaitan yang datang dan pergi. Yang membisikkan ke dalam dada manusia. (syaitan itu) Dari jenis jin dan manusia.” (an-nas; 1-6)

“Katakanlah, aku berlindung dengan Tuhan yang menguasai subuh. Dari kejahatan yang diciptakanNya. Dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada tali. Dan dari kejahatan orang yang berdengki apabila dia mendengki.” (al-falaq; 1-5)

Nilah dua surah yang Rasulullah sangat suka apabila surah ni diturunkan. Tiada surah-surah lain yang ada di dalam Al-quran yang menyamai dengan surah ini. Ni lah surah, manifestasi cinta dari Allah.


KAKI SEMBANG

© BingKiSan
Maira Gall