Tuesday, 24 October 2017

Melaka (again)

16 September hari tu pergi Melaka. Pergi wedding Kak Aha. Dah alang-alang ke Melaka, jalan-jalan2 sekali kat sana. Actually, dah banyak kali ke Melaka sebenarnya. Sebab bukan jauh pun dengan Muar. Tapi tak pernah sampai Bandar Hilir lagi. I mean, I tak pernah bawak kereta sampai Bandar Hilir. Selalunya kalau ke Melaka, area Masjid Tanah atau Serkam atau Sungai Rambai.

Excited sebenarnya pergi Melaka. Especially bila kau minat sejarah. Dan kau tahu di sebalik peristiwa yang dah berlaku. Aku tak lah tahu semua. Tapi aku nampaklah gambarannya macam mana.


Gambar dari puncak St. Paul

Masa aku berdiri kat sini. Dan aku boleh melihat dengan jelas Selat Melaka. Seperti yang diceritakan dulu ketika Melaku sebuah pelabuhan yang besar, aku bayangkan adanya kapal2 besar yang lawa2 (ala-ala Black Pearl) di balik laut sana. Masing-masing berlabuh dan banyak perahu-perahu kecil dari daratan atau menuju daratan di atas lautan. Dan betapa sibuknya urusan orang Melaka pada ketika itu berjual beli dengan saudagar2 yang mungkin mat saleh atau bermata sepet atau berambut blond.

On the way naik atas

Tangga nak naik St. Paul ni kalau dari depan memang tinggi dan curam. Aku rasa berhenti 10 kali jugaklah sebab mak aku banyak rehatnya. Almaklumlah, orang tua. Kita naik slow je.

Time mak aku bergambar, ok je tak orang nak sibuk lalu pun.

Time aku bergambar semua orang nak interframe. :(


Lepas penat jalan-jalan keliling St. Paul dan A' famosa, kitorang naik beca pulak round2 dekat bangunan belanda yang kaler merah tu (tak ingat nama dia apa tapi macam bertentangan dengan Jonker Walk). Lepas tu gi tempat yang ada kereta api terbiar tu (lol) dan gi visit tempat naik cruise (tapi tak naik pun sebab Iman takut).


Abang beca bukan sahaja pandai bawa beca malah pandai amik gambar.


Then last stop is Masjid Selat yang baru buat tu. Serious best kat masjid tu sebab angin kuat. Haha. Dan betul2 atas laut. 
berangan (depan Masjid Selat)
Sebenarnya banyak je tempat tak singgah macam muzium kapal, cruise pun tak naik, menara Taming Sari tak naik, Jonker Walk pulak bukak malam. So...balik je lah. haha. Plan next time nak pergi lagi tapi tak tahu bila. Semoga jumpa lagi.




Notakaki: Best gila update kat blog sebab kau boleh cakap banyak2, post gambar banyak2 dan tak keciwa kalau orang letak love sikit sebab kat blog, like is an option but dekat IG, like is necessary (eh?).



Thursday, 10 August 2017

Tolonglah

"Kalau kita rasa berat nak tolong orang, bayangkan kalau Allah terasa berat nak tolong kita."

Renung-renungkanlah. 

Tuesday, 1 August 2017

Wondering



I'm wondering...
When you're far up on that mountain,
is there any even slightest chance that you might remember me?

Wednesday, 22 March 2017

BEAUTY AND THE BEAST

Baru-baru ni rakyat Malaysia dikejutkan dengan larangan tayangan Beauty and the Beast only kerajaan disebabkan terdapat aksi Gay di dalam tu. Banyak pihak yang menentang larangan ini dengan alasan, filem2 buatan rakyat Malaysia sendiri juga mempunyai adegan atau aksi yang negatif seperti merempit, rogol dan bunuh. 

Apa pandangan anda?


Pada pandangan aku, betul tindakan kerajaan tu nak halang cerita yang ada adegan yang pada pandangan mata Islam, tidak sepatutnya ditayangkan takut masyarakat menyeleweng dari agama. Tapi pada aku, rakyat pun betul juga. Ada banyak cerita hollywood dan cerita melayu yang ada aksi lagi tak bermoral. 

Aku bagi contoh cerita Pitch Perfect. Dalam kalangan Barden Bella, ada seorang perempuan yang lesbian. Dan dalam cerita Pitch Perfect 2, awal2 babak lagi dah tunjuk babak seluar Fat Amy terkoyak. Walaupun ada sensor kat situ, tapi imaginasi manusia ni tak terbatas. Kalau filem Melayu pulak, boleh refer beberapa story kat SINI.

Sebab tu larangan kerajaan untuk Beauty and the Beast macam tak boleh nak diterima akal. Kalau kerajaan nak tapis, ada banyak lagi cerita yang sepatutnya ditapis dan biarkan rakyat hanya nak menonton cerita-cerita yang baik sahaja. Memandangkan ada cerita yang lagi teruk daripada paparan gay tapi ditayangkan jugak kat Malaysia, sebab tu rakyat rasa dorang boleh handle kalau setakat aksi gay dalam cerita tu. 


Jadinya kepada pengarah, producer, penulis skrip filem2 melayu, sila cipta filem2 yang jauh lebih bermanfaat so that bila kerajaan halang kemasukan filem yang ada adegan luar fitrah macam ni, dorang takkan compare dengan cerita korang. :p

Dan untuk pihak kerajaan pulak, check balik betul2 cerita apa yang korang suap kat rakyat korang. Bila dah bagi sekali susah nak tarik balik lagi.


Tuesday, 21 March 2017

Hai Dunia !

Last seen aku dekat blog ni like.. 4 years ago ? Wow sooo lama. Kalau ada baby tahun depan dah boleh masuk tadika. ☺

Memang dah lama ada niat nak berblog balik. Mula-mula tu fikir macam nak buang semua benda2 lama, start balik from scratch... konon-konon macam nak start a real NEW blog with new style of a changed girl who has grown up into a woman. Termasuk URL blog pun rasa macam nak tukar jugak. Disebabkan fikir bende yang remeh-temeh cenggini lah yang membuatkan come back to blogger tu jadi almost terbengkalai sangat tergendala.

Tapi bila fikir balik, rasa macam tak berbaloi nak buang semua isi kandungan blog ni. Walaupun banyak kandungan dalam blog ni yang macam remeh dan silly dan keanakan, tapi, siapalah yang buat kita hari ini kalau bukan kita yang semalam. It's a good thing mencatat benda-benda yang dah lepas walau bodoh macam mana pun. Sebab, dari masa ke semasa, pengalaman dan ilmu kita bertambah, bila kita tengok balik diri kita yang dah 2 ke 5 tahun lepas, kita belajar balik mana silap kita, ingat balik apa yang dah kita lupa, dan reflect diri kita balik apa je perbuatan dan pandangan kita selama kita hidup dan bagaimana kita berubah. Paling penting, adakah perubahan yang kita buat ni membuatkan diri kita menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Dalam Islam, benda macam ni dipanggil Muhasabah atau dalam kata lain, menghitung. Bahasa modennya, refleksi le ye dok. Supposed refleksi ni dibuat setiap kali sebelum tidur bukan setahun sekali. (>.<) Tak kisahlah refleksi jenis apa pun macam refleksi duit or refleksi perangai buruk untuk diubah. As long as it's good for you and others.

For the reasons why i still choose blogger ni sebab blogger ni buat aku rasa comfortable nak menulis dan ada banyak themes and templates yang best :) . Walaupun blogger ni telah ditenggelami arus dek zaman, karam di sedalam lautan dan probabilitas yang orang akan baca blog aku ni adalah 0%, aku nak buat penyataan yang aku buat blog ni mostly untuk diri aku sendiri instead of untuk pembaca. Aku nak buat blog ni satu rujukan untuk aku di masa hadapan whenever I'm lost in life or lupa ingatan (kalau lupa ingatan cane nak tahu blog URL kau?). Dan aku nak tulis dan conteng impian aku dalam ni so that i will remember dan kejar impian2 tu. 

Bila baca balik tulisan-tulisan aku yang lepas, sangatlah banyak kekurangannya dari segi penulisan aku, cara aku menerangkan pengalaman dan perasaan aku mahupun perangai aku, heh, semuanya lompang dari segenap sudut. Aku pasti aku boleh perbaiki semua ni as long as aku berusaha dan tak putus asa. I'm gonna be a famous writer, scripter (wujud ke perkataan ni?), and cartoonist. Oh Yeah !

Kepada sesiapa yang baca blog ni, aku ucapkan "Selamat datang!" 


KAKI SEMBANG

© BingKiSan
Maira Gall