Wednesday, 22 March 2017

CHAPTER 107-BEAUTY AND THE BEAST

Baru-baru ni rakyat Malaysia dikejutkan dengan larangan tayangan Beauty and the Beast only kerajaan disebabkan terdapat aksi Gay di dalam tu. Banyak pihak yang menentang larangan ini dengan alasan, filem2 buatan rakyat Malaysia sendiri juga mempunyai adegan atau aksi yang negatif seperti merempit, rogol dan bunuh. 

Apa pandangan anda?


Pada pandangan aku, betul tindakan kerajaan tu nak halang cerita yang ada adegan yang pada pandangan mata Islam, tidak sepatutnya ditayangkan takut masyarakat menyeleweng dari agama. Tapi pada aku, rakyat pun betul juga. Ada banyak cerita hollywood dan cerita melayu yang ada aksi lagi tak bermoral. 

Aku bagi contoh cerita Pitch Perfect. Dalam kalangan Barden Bella, ada seorang perempuan yang lesbian. Dan dalam cerita Pitch Perfect 2, awal2 babak lagi dah tunjuk babak seluar Fat Amy terkoyak. Walaupun ada sensor kat situ, tapi imaginasi manusia ni tak terbatas. Kalau filem Melayu pulak, boleh refer beberapa story kat SINI.

Sebab tu larangan kerajaan untuk Beauty and the Beast macam tak boleh nak diterima akal. Kalau kerajaan nak tapis, ada banyak lagi cerita yang sepatutnya ditapis dan biarkan rakyat hanya nak menonton cerita-cerita yang baik sahaja. Memandangkan ada cerita yang lagi teruk daripada paparan gay tapi ditayangkan jugak kat Malaysia, sebab tu rakyat rasa dorang boleh handle kalau setakat aksi gay dalam cerita tu. 


Jadinya kepada pengarah, producer, penulis skrip filem2 melayu, sila cipta filem2 yang jauh lebih bermanfaat so that bila kerajaan halang kemasukan filem yang ada adegan luar fitrah macam ni, dorang takkan compare dengan cerita korang. :p

Dan untuk pihak kerajaan pulak, check balik betul2 cerita apa yang korang suap kat rakyat korang. Bila dah bagi sekali susah nak tarik balik lagi.


Follow by Email

 

BingKiSan Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template