Tuesday, 21 March 2017

CHAPTER 106-Hai Dunia !

Last seen aku dekat blog ni like.. 4 years ago ? Wow sooo lama. Kalau ada baby tahun depan dah boleh masuk tadika. ☺

Memang dah lama ada niat nak berblog balik. Mula-mula tu fikir macam nak buang semua benda2 lama, start balik from scratch... konon-konon macam nak start a real NEW blog with new style of a changed girl who has grown up into a woman. Termasuk URL blog pun rasa macam nak tukar jugak. Disebabkan fikir bende yang remeh-temeh cenggini lah yang membuatkan come back to blogger tu jadi almost terbengkalai sangat tergendala.

Tapi bila fikir balik, rasa macam tak berbaloi nak buang semua isi kandungan blog ni. Walaupun banyak kandungan dalam blog ni yang macam remeh dan silly dan keanakan, tapi, siapalah yang buat kita hari ini kalau bukan kita yang semalam. It's a good thing mencatat benda-benda yang dah lepas walau bodoh macam mana pun. Sebab, dari masa ke semasa, pengalaman dan ilmu kita bertambah, bila kita tengok balik diri kita yang dah 2 ke 5 tahun lepas, kita belajar balik mana silap kita, ingat balik apa yang dah kita lupa, dan reflect diri kita balik apa je perbuatan dan pandangan kita selama kita hidup dan bagaimana kita berubah. Paling penting, adakah perubahan yang kita buat ni membuatkan diri kita menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Dalam Islam, benda macam ni dipanggil Muhasabah atau dalam kata lain, menghitung. Bahasa modennya, refleksi le ye dok. Supposed refleksi ni dibuat setiap kali sebelum tidur bukan setahun sekali. (>.<) Tak kisahlah refleksi jenis apa pun macam refleksi duit or refleksi perangai buruk untuk diubah. As long as it's good for you and others.

For the reasons why i still choose blogger ni sebab blogger ni buat aku rasa comfortable nak menulis dan ada banyak themes and templates yang best :) . Walaupun blogger ni telah ditenggelami arus dek zaman, karam di sedalam lautan dan probabilitas yang orang akan baca blog aku ni adalah 0%, aku nak buat penyataan yang aku buat blog ni mostly untuk diri aku sendiri instead of untuk pembaca. Aku nak buat blog ni satu rujukan untuk aku di masa hadapan whenever I'm lost in life or lupa ingatan (kalau lupa ingatan cane nak tahu blog URL kau?). Dan aku nak tulis dan conteng impian aku dalam ni so that i will remember dan kejar impian2 tu. 

Bila baca balik tulisan-tulisan aku yang lepas, sangatlah banyak kekurangannya dari segi penulisan aku, cara aku menerangkan pengalaman dan perasaan aku mahupun perangai aku, heh, semuanya lompang dari segenap sudut. Aku pasti aku boleh perbaiki semua ni as long as aku berusaha dan tak putus asa. I'm gonna be a famous writer, scripter (wujud ke perkataan ni?), and cartoonist. Oh Yeah !

Kepada sesiapa yang baca blog ni, aku ucapkan "Selamat datang!" 


Follow by Email

 

BingKiSan Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template